Thursday 10 March 2011

BENGKEL PENGURUSAN IBADAH PESAKIT DALAM

Dalam usaha memantapkan konsep Hospital Mesra Ibadah di Hospital USM, pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antaranya ialah Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit Dalam yang mana sepanjang tahun 2011, Unit Hal Ehwal Islam merancang untuk melaksanakan bengkel ini sebanyak 5 siri kepada semua jururawat dan atendan kesihatan yang bertugas di dalam wad khususnya. Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah memberi kefahaman serta memantapkan pengetahuan para jururawat dan atendan kesihatan tentang pengurusan ibadah pesakit.

Pada 28 Februari 2011 (Isnin), Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit Dalam Siri 1 telah dilaksanakan dengan jayanya di Bilik Taklimat 1 dan 3, Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar, bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang. Seramai 112 orang jururawat dan atendan kesihatan yang telah menyertai bengkel ini. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu seramai 56 orang untuk satu kumpulan; kedua-dua kumpulan tersebut dibimbing oleh staf Unit Hal Ehwal Islam. Bengkel selama 2 jam ini memberi impak positif kepada para peserta yang mana para peserta didedahkan secara teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan ibadah pesakit. Selain itu juga para peserta diberi tugasan berkumpulan bagi penyelesaikan permasalahan ibadah ketika sakit sebagai bukti akan kefahaman peserta.

Secara keseluruhannya bengkel ini berjalan dengan baik dan lancar. Penambahbaikan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menjamin matlamat tercapai dalam merealisasikan HUSM sebagai Hospital Mesra Ibadah.

- Unit Hal Ehwal Islam HUSM

No comments:

Post a Comment